Saturday, October 2, 2010

Pembelajaran Interaktif Dalam Talian


Internet telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaannya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Menurut Lowe (2000) staf akademik dan pelajar mendapati pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran.

Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.

KEBAIKAN PENDIDIKAN MELALUI E-PEMBELAJARAN ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:
i.Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.

ii.Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya 3G.

iii.Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti,kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa berpindah lokasi.

iv. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untukmenggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer,rakaman pita video dan lain-lain.

v.Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri, akan tetapi panduan pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran danpembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya,menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpulmaklumat dan membangunkan kemahirannya.


CADANGAN

i ) Meningkatkan keboleh capaian
Dengan menggunakan pelbagai media, kebolehan capaian terhadap sesuatu isi kandungandapat dipelbagaikan. Sumber rujukan elektronik seperti ensiklopedia, tutorial interaktif,buku elektronik dan sebagainya yang merupakan sumber elektronik dalam proses P&Pmembantu seseorang pelajar meningkatkan kebolehcapaian dalam internet. Ini adalah keranamultimedia berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagaipancaindera dan ia sesuai untuk manusia yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran dantahap kognitif.

ii ) Meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan
Penggunaan pelbagai media yang dinamik membolehkan seseorang memahami sesuatu isikandungan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan informasi yang diterima keingatan jangka panjang. Kajian saintifik membuktikan proses ingatan yang berlaku dalamotak manusia mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan denganmenggunakan pelbagai jenis media seperti teks, audio, grafik dan animasi.

iii ) Latihan untuk meningkatkan kepakaran dan inisiatif guru
Inisiatif guru sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Zoraini (2000) mendapati kebanyakan guru yang dapat menggunakan teknologi maklumat dengan efektif menguasai kemahiran mereka melalui pembelajaran sendiri dan memiliki komputer sendiri. Oleh itu, kursus ICT perlu diberikan kepada guru dari semasa ke semasa.

iv ) Penyediaan kemudahan
Untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telahmecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengankemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk memudahkan para guru dan pelajar mengakses internet melalui komputer dan sistem jalur lebar yang disediakan di sekolah. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah dilengkapi dengan komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000). Di Malaysia contohnya, kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan Projek Internet Desa bagi memudahkan penduduk dan pelajar di kawasan pedalaman mengakses internet.

v ) Kurikulum untuk pendidikan
Salah satu kesan yang ketara merupakan penawaran subjek komputer di peringkat sekolahrendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi. Kursus ini sendiri merupakan satu gesaan untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan menggunakan teknologi komunikasi. Kini terdapat bidang-bidang pengajian yang baru seperti komputer, teknologi maklumat, pengurusan maklumat, multimedia dan sebagainya. Tidak kurang juga kesannya memanfaatkan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembentukankurikulum adalah berkait rapat dengan tujuan sesuatu program pendidikan masa depan. Pertimbangan yang wajar harus diberi perhatian adalah perubahan ketara masa kini ialah aliran hala tuju dunia sejagat ke era gelombang ketiga iaitu berasaskan maklumat. Penguasaan terhadap teknologi maklumat menjadikan seseorang atau negara mempunyaikelebihan dan kekuatan (Naisbitt, 1990).

IMPAK PEMBELAJARAN E-LEARNING
Penggunaan e-learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajarmenerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaranseumur hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e-learning tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata; malah penggunaannya mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai tersebut sebagaimana diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) iaitu Exploration, Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of Use.

1 comment:

  1. e-pembelajaran atau e-learning akan memudahkan para pelajar untuk mendapatkan segala maklumat yang mereka perlukan..mereka tidak lagi perlu ke perpustakaan semata-mata untuk maklumat bagi pembelajaran mereka..hanya dengan menaip maklumat yang diperlukan di internet,akan menemui beribu-ribu informasi yang meraka perlukan di dalam pembelajaran..hal ini telah membantu para pelajar menjimatkan masa mereka dan pembelajaran mereka akan lebih efektif..

    ReplyDelete